Laluan pelayaran Mayflower

Perlepasan

Sebanyak 65 orang penumpang kapal menaiki kapal Mayflower pada Julai 1620 sama ada di Blackwall atau Wapping tepi Sungai Thames.[5] sebelum menyeberanginya menuju Selat Inggeris. Kapal tersebut kemudiannya bergerak ke pantai selatan untuk berlabuh di Southampton Water menunggu kapal Speedwell yang membawa penumpang Puritan dari Leiden, Belanda. Speedwell tiba di tempat dijanjikan pada 22 Julai. Kedua-dua kapal ini bersedia memulakan pelayaran pada 5 Ogos namun Speedwell didapati bocor; kapal-kapal tersebut dibawa ke Dartmouth untuk dibaiki. Mereka memulakan percubaan kedua mereka namun Speedwell membocor sekali lagi setelah 200 batu (320 km) melepasi tanjung Land's End.

Masalah berterusan ini menyebabkan sesetengah penumpang kapal Speedwell menyertai kapal Mayflower agar tidak dapat membazirkan masa dan bekalan penting lagi, manakala sesetengah penumpang yang lain kembali ke Belanda. The Mayflower meningkat sekitar 130 orang penumpang termasuk 5 hingga 30 orang anak kapal.[6] meneruskan pelayaran ke benua Amerika manakala kapal Speedwell dijual tidak lama kemudian.[petikan diperlukan]

Pelabuhan

Kapal Mayflower menjumpai daratan Cape Cod kini pada 9 November 1620. Mereka pada asalnya ingin berlabuh di Jajahan Virginia jauh ke selatan yang menjadi tapak asal mereka sepertimana yang dijanjikan bersama Company of Merchant Adventurers, namun badai musim sejuk yang kuat memaksa mereka berlabuh di sana pada dua hari kemudian. Sambil itu juga, para penumpang kapal menandatangai suatu dokumen persetiaan dengan tujuan mewujudkan suatu aturan undang-undang antara mereka.[7][8][9][10]

Suatu ekspedisi meneroka tapak petempatan sesuai dilakukan pada Isnin 27 November 27 atas arahan Kapt. Christopher Jones: pemenerokaan tersebut disertai 24 orang penumpang kapal dan 10 kelasi kapal. Mereka terpaksa menghadapi kegetiran hasil cuaca sejuk yang melanda persekitaran sana lagi-lagi dengan kasut dan sarung kaki basah dipakai mereka.[11]

Musim sejuk 1620–1621

Keberangkatan semula ke London